Thursday, July 1, 2010

Sembang Piala DUNIA

La nie, sementara nak tunggu musim Piala Dunia habis, baik lelaki baik pompuan, baik tua baik muda, pi mana-mana pun org sembang pasal World Cup.

Kat kantin kilang saya kerja ni pun sama, waktu break ja, pusing kiri pusing kanan org sembang pasal Bola, macam-macam depa dok cerita. Pun begitu, dalam ramai-ramai tu, ada sorang sahabat dia kata siaran ulangan rtm ka, siaran langsung Astro ka, dia tak tengok. Pasal apa? pasal dia kata ini semua Sihir, sihir bola, habis satu dunia kena sihir, lalai dengan bola.

Ya lah, sebaik-baik saja bola piala dunia mula, org dah lupa sat kisah konvoi Freedom Flotilla diserang komando Israel hari tu. Bukan kata org lain, saya pun serupa - lupa seketika - sehinggalah saya tengok ada dua tiga penonton kat Stadium - waktu game sapa entah, lupa lak, dua tiga hari lepas - waktu org lain dok kibar bendera team hat lawan tu, depa pi kibar megah bendera Palestine, ada tulis perkataan GAZA kalau tak silap, terus saya teringat kawan-kawan kita kat GAZA nu.

Tak pa lah, ketagih tengok bola ni mcm jugak ketagih isap rokok, org nak kata apa pun kata pi lah, tapi kalau dah ketagih, depa balun semacam jugak. Lagi pun, tengok bola ni taklah teruk sangat kot mcm ketagih isap rokok, kurang-kurangnya tak dengarlah lagi ada ulamak yg bawa keluar fatwa kata tengok siaran langsung Piala Dunia ni haram - tapi kalau isap rokok, memang ada pernah dengar pun.

Jadi, tak salah lah kot tengok piala dunia ni noh.

Waktu sembang kat kantin tu, ada memba cakap, ada beberapa benda yg dia rasa kita (kita = geng2 PAS sebab satu meja tu penyokong PAS) boleh belajar daripada Piala Dunia ini. Apa dia?
Pertama, dia kata, cuba perati tengok bila depa main bola tu, depa pulun tara mana pun, mcm kes Itali lwn Slovakia atau pun Korea Selatan lwn Uruguay; Itali serang tak berenti-renti tapi kalah jugak. Mcm tu jugak dengan Korea Selatan, dari mula sampai habis depa dok serang, tapi kalah jugak. Sebab apa? sebab gagal jaringkan GOL. Ha, rupa-rupanya dalam game BOLA ni hat penting sekali kena jaringkan GOL, hang geleceklah pandai tara mana sekali pun, kontrollah bola hebat tara mana pun, tapi kalau tak boleh jaring GOL, tak jadi punya.

Macam tu juga dengan politik berpilihanraya ni, hang pulun pi lah tara mana sekali pun, pi kempen kat rakyat kata parti lawan kuat rasuah ka, suka perabih duit rakyat ka, tak peduli nasib rakyat bawahan ka, salahguna kuasa ka, takut kat tauke gula ka, lembab sampai 1MALAYSIA TAKDAK GULA ka, apa ka - tapi kalau mai p.raya, kalau rakyat tak undi kita, sama gak mcm game BOLA tadi, tak GOL - tak ada gunanya.

Jadi, pengajaran no satu yg PAS - khususnya PAS KEDAH - boleh belajar drpd piala dunia ni ialah mcm mana nak pastikan Team Piala Dunia PAS Kedah ini akan terus dapat jaringkan GOL bila mai PRU13 nanti. Kita dok risau semacam saja sebab dok nampak star-star player PAS Kedah ni banyak dah jadi macam Rooney dan Fernando Tores dan rakan-rakannya itu - hebat, tapi tak leh jaringkan GOL.

Tiga benda yg saya nampak yg memungkinkan PAS Kedah ada masalah nak jaringkan Gol di PRU13 nanti; satu - sokongan kaum India makin merosot (memba saya, ex-MIC dulu cukup semangat dgn Pakatan, la nie bila jumpa jarang dah sembang pasal Pakatan), dua - ikut maklumat kwn-kwn yg selalu masuk kg buat kerja amal/charity, sekarang ni mana-mana kg depa masuk selalu dok dengar cerita geng2 UMNO dah masuk bagi sumbangan, bukan sekali sekala tapi selalu sokmo dok masuk, sedangkan PAS yg dulu waktu jadi pembangkang selalu suka buat xtvt-xtvt mcm tu, tapi la nie dah jarang dok ada, mungkin sibuk memerintah agaknya .

Tiga - jarang dok nampak PAS bukak kaunter pendaftaran pengundi baru, tak mcm UMNO, hari tu saya ada nampak depa buka kat ruang legar di shopping compleks di Sg Petani. PAS kena buat sesuatu kalau masih nak score GOL!

Pengajaran kedua drpd Piala Dunia ni, memba tu kata, cuba tengok game masa England lwn Jerman, walaupun Wayne Rooney tu hebat, star player, tapi sebab dia gagal perform masa game tu, dia kena tukaq.

Macam tu juga waktu Holland lwn Slovakia, walaupun Van Persi tu hebat, antara nama-nama yg satu taraf dengan Messi, Rooney, Ronaldo dan lain-lain, tapi sebab dia tak boleh buat kerja, terus depa tukaq dia - w/pun boleh nampak jelas dia tak suka, muka masam mencuka x salam jurulatih waktu keluar padang tu, tapi coach tak kisah, hg tak boleh perform, kena ganti dengan org lain tak kisahlah hang STAR ka apa.

Saya kata, "Ooo, macam tu kalu, PAS Kedah pun kena usha tengok jugaklah, kalau pun org tu STAR PLAYER, tapi kalau tak boleh perform, tak boleh buat kerja, atau pun buat kerja tapi mcm Rooney dan Van Persi, tu, takat melepas batuk di tangga saja, gagal mencapai sasaran yg ditetapkan, mai next PRU atau next rombakan EXCO ka Ahli Majlis ka, kena buanglah depa-depa tu, ganti dengan ramai lagi pemain simpanan yg tunggu masa nak menyerlah!".

Sorang kawan saya Pak Haji - minat bola gila punya, antara peminat utama ENGLAND, dia potong cakap saya tu, dia kata:

"Awat hang dok tengok PLAYER saja, nu COACH nak letak mana? kalau MB macam Fabio Capello - STAR PLAYER ramai, tapi susun team & strategi tak betoi, cenge - dok ikut cakap dia saja, mcm mana pulak?"

Hah, hat tu saya tak dak jawapan.

Tapi, kalau sungguh MB dok buat perangai mcm Fabio Capello, bukan kata dengan STAR PLAYERS, tapi dengan COACH COACH sekali kena tukar.

Itu pun kalau ajalah, harap-harap tidak.

Sekian, sambil-sambil dok cengkam mata tengok Piala Dunia ni, sambil-sambillah kita sama-sama ambik pengajaran tang mana yg patut. Kata org, hidup ini tidak lain tapi adalah tazkirah untuk kita semua.

Moga ada manafaatnya.

moniermatdin@yahoo.com
1-Julai-2010
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

1 comments:

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete