Hari jumaat kemarin dulu 1/10/10, saya solat jumaat kat masjid Pdg Serai.
Tak sempat nak lena sat waktu khutbah tu sebab dari mula sampai habis, berapi-rapi Tok Khatib dok baca khutbah, saya tengok dlm skrin TV kat luar tu, Tok Khatib ini jenis baca khutbah tak tengok teks punya orang. Dia nampaknya tak puas hati sungguh, dia dok sebut kisah masyarakat di kawasan Pekan Padang Serai itu yang tak sensitif langsung bab agama, bab amar makruf nahi mungkar, bab maksiat, bab dosa pahala, bab hormat masjid bab lagho dengan hiburan dll.
Saya teringat beberapa bulan lepas, saya pernah solat jumaat kat masjid itu jugak, ustaz yg sama juga kalau tak silap; dia dok balun pasal pusat karaoke yang tumbuh bagai nak rak kat Padang Serai ini, masih ingat lagi ceroi ja dia kata:
“Nu, kita sendiri dok nampak kat pusat-pusat karaoke di Pekan Padang Serai kita ini, hat dok pi melalak sampai tengah-tengah malam buta tu, hat tua-tua belaka, hat jenis kuboq kata mari rumah kata pi, jln pun bongkok-bongkok, tapi masih tak mau nak sedaq ke diri lagi!!”
Fuh! Saya respek sungguh la tok-tok khatib jenis mcm ni, jenis yg dok bagi khutbah berdasarkan isu-isu semasa masyarakt sekitar, bukannya jenis yg baca khutbah membuta tuli mcm yg selalu orang dok cerita itu, sampaikan tak match langsung luar dan dalam, dalam khutbah dok sebut cuaca terang benderang tapi kat luaq masjid gelap gelemap hujan lebat mencurah-curah, dak pun dok cerita pasal kempen makan buah-buahan tempatan sedangkan isu besaq waktu tu bumi Palestine dok kena bom bertubi-tubi misalnya.
Berbalik kepada bab khutbah kemarin dulu, berapi-rapi Tok Khatib ini dok ulas pasal bab amar makruf nahi mungkar ini, bab kelebihan Islam dll. Dia memetik kata-kata Saidina Umar kpd seorang paderi kristian kalau tak silap, dia kata Saidina sebut:
“Kami ini dimuliakan kerana kami ambik ISLAM, kalau kami tinggalkan ISLAM (atau pun sebaik-baik saja kami tinggalkan ISLAM), habislah kemuliaan kami ini (maknanya kami akan jatuh HINA, diHINAkan oleh masyarakat/dunia kalau kami kami tinggalkan ISLAM)”
Tok Khatib mengaitkan kata-kata “tinggalkan Islam” ini dengan bab meninggalkan “Amar Makruf dan Nahi Mungkar” di kalangan org-org Islam khususnya di Pekan Padang Serai ini, seterusnya tanpa segan silu lagi di hadapan ratusan jemaah yang hadir hari itu, Tok Khatib sebut secara terus-terang satu Majlis Rumah Terbuka oleh seorang tokoh politik di pekan Padang Serai betul-betul di sebelah sebuah masjid lama berdekatan, yang mana dimuatkan di dalam majlis itu, apa yg Tok Khatib sebut sebagai KUGIRAN (maknanya ada majlis nyanyi menyanyi). Tok Khatib kata dia dah tegoq dah tapi dok buat jugak - mungkin yang itu yang dia marah sangat itu.
No wonderlah hari tu, sehari selepas majlis Open House itu, kawan saya si Apit tanya saya ada pi ke tidak, saya tanya pasal apa? Dia kata, hang naik nyanyi sekali ka? Laa...saya memang dok ingat nak pi pun sebab kain rentang yg naik itu jemput semua org pi, lagi pun saya memang kenai dengan tuan rumah tu sebab dok giat PIBG sekali, nasib tak pi, kalau tidak dengan saya-saya sekali kena sembuq dengan Tok Khatib itu.
Saya tak maulah nak ulas bab wajar ka tak wajar tuan rumah buah open house ada majlis nyanyi-menyanyi itu sebab pada Hari Raya itu sendiri, 1st Day raya lagi, semua rumah yg saya pi, tak kira rumah org UMNO, org PAS, org PKR atau org atas PAGAR; dari Terengganu sampai Kedah (saya raya kat 2 negeri ini tahun ini) semuanya 2x5 – waktu kita dok jamu selera, tuan rumah dan juga tetamu yg hadir, sambil sembang dan makan-makan, mata depa pakat terpacak tala kat kaca TV, bukan takat artis tempatan dok ada, artis Bollywood sampai ke Hollywood pun dok ada juga. Kalau kat kaca TV punya "menonjol" dok ada boleh pakat dok tengok, habis tu bila org buat open house ada nyanyi menyanyi macam itu kira macam pula pulak?
Entahlah apa nak jadi dengan RAYA Alaf Baru ini, Tok Khatib boleh tegoq, kita boleh pakat sembang, tapi mai tahun depan, pi mai pi mai macam tu jugak.
Sekian, saja nak kongsi dengan hangpa semua.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
3.10.2010
Saturday, October 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment