Saturday, April 24, 2010

Hulu Selangor: tazkirah utk org PAS

Besok 25 hb April 2010 keputusan muktamad p.raya kecil Hulu Selangor bakal diketahui. Seperti juga rakan-rakan yg lain, saya turut mengikuti p.raya dengan penuh semangat, niat hati teringin nak turun ke sana untuk memberi sokongan moral kpd rakan-rakan yg ada, namun urusan peribadi tidak mengizinkan saya berbuat demikian.

Kalau dah tak turun tu, kata org dok senyap-senyap sajalah, tak payahlah nak menyibuk tumpang menulis; tapi selepas membaca satu berita dlm Malaysiakini sebentar tadi yg memuatkan kenyataan TG Nik Aziz dalam satu ceramahnya di Hulu Selangor semalam, hati saya terasa membuak-buak, terasa tersentuh sekali denegan kata-kata TG itu.

Tak kiralah besok Pakatan menang atau pun BN menang, tapi kata-kata TG itu akan kekal terpahat di dada saya dan akan melekat di blog saya sebagai catatan peribadi dan peringatan serta tazkirah untuk diri ini buat selama-lamanya.

Dalam ilmu motivasi, dalam ceramah motivasi yg saya selalu saya dok bagi kat budak-budak sekolah dan juga kat new hires kat tempat kerja, saya selalu mengingatkan diri saya, bahawa sebagai penceramah - benda yg paling utama yg paling asas yang perlu kita lakukan sebagai penceramah motivasi ialah berusaha sedaya upaya untuk menyentuh perasaan dalaman atau pun mengetuk pintu hati (touch the heart) para pendengar.

Sekali hati pendengar tersentuh, sekali dinding hatinya berjaya diketuk, insyaallah beliau akan ingat kata-kata kita itu buat jangka masa yg lama.

Saya bukanlah pandai sangat tang bab ceramah ini, tapi kadang-kadang bila dok dengar sesetengah ceramah tu, rasa mcm nak bagi komen, sebab tunggu hingga ke penghujung tidak ada apa sangat yg mampu menyentuh hati kita; berlegar-legar dan gagal menjaringkan gol hingga ke wisel penamat.

Seperti yg kita sama-sama tahu, ada beberapa org penceramah dlm PAS misalnya yg punya kemampuan untuk berbuat demikian hinggakan org sanggup pi ulang dengar ceramahnya walaupun dalam jarak satu hari atau pun satu minggu yg sama; misalnya ceramah oleh Tuan Haji Mat Sabu dan juga beberapa org lagi penceramah yg lain.

Berbalik kpd kata-kata TG Nik Aziz tadi, ceramah beliau memang ada keistimewaannya sendiri, saya cukup suka hadiri ceramah-ceramah beliau jika berkesempatan sebab mcm yg saya pernah tulis dulu, hadir ceramah TG tak rasa mcm hadir ceramah politik, rasa macam duduk dlm masjid dengar kuliah agama saja, start mula sampai habis penuh dengan bab ilmu, penuh ilmiah; hati saya sering tersentuh dengan kupasan hadith dan al-quran serta kisah-kisah sirah nabi itu oleh TG itu.

Namun kata-kata beliau dlm satu ceramah politiknya di Hulu Selangor semalam benar-benar menyentuh rasa, terasa sungguh seolah-olah dinding hati saya ini diketuk berulang-ulang kali apabila saya mengulang baca kata-kata beliau itu.

Kenapa?

Kerana baru hari ini saya terperasan, baru hari ini saya realize, baru hari ini saya sesungguhnya sedar bahawa sebab utama saya begitu bersungguh menentang UMNO dan BN sehingga ke hari ini, tak kira PAS menang atau pun kalah di Kedah ka Malaysia ka mana ka rupa-rupa ada terkandung dlm ucapan dan pesanan ringkas TG Nik Aziz di Hulu Selangor semalam. Saya petik kata-kata beliau seperti yg tersiar di laman Malaysiakini 24 April 2010. Kata beliau:

"Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar UMNO supaya tidak SOMBONG!!"

Ya, selagi mana UMNO terus sombong, maka selagi itulah org-org biasa, rakyat marhain macam saya, Munir pekerja kilang di Kulim dan rakan-rakan saya, Apit pesawah di Padang Serai, Abang Din pekerja kampung di Sedim dan sepupu saya Taufik penoreh getah di Baling akan terus menentang UMNO dan BN hingga bila-bila.

Terima Kasih Tuan Guru sebab mengingatkan kami dengan tazkirah ringkas Tuan Guru itu. Terima Kasih.

moniermatdin@yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com'
24.4.2010

Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor: Pakatan ada Harapan

Saya ingatkan selepas isu hangat beberapa org YB PKR lompat parti sebulan dua ini, yg menyebabkan org dah naik meluat kat PKR, maka cerita PRK Hulu Selangor tinggal cerita sajalah - tak ada sangat org nak peduli.

Bukan kata org lain, saya sendiri yg merupakan antara pengundi tetap Pakatan, saya sendiri rasa malas dan hilang minat nak sembang bab p.raya kecil yg melibatkan calun dari PKR ini, tambah-tambah bila Pakatan memilih Zaid yg masih belum pulih imejnya bab saman hudud hari itu sebagai calun.

Selalunya kalau ada PRK kecik kat mana-mana di Semenanjung ini, saya - walaupun x punya apa-apa dlm mana-mana parti komponen pakatan - tetapi sebagai orang bawah, penyokong setia Pakatan, selalu tak miss turun pi untuk meramaikan majlis dan memberi sokongan moral kpd calun yg bertanding. Tapi, kali ini bila ada kawan dok tanya hang tak turun pi hulu selangor ka, terus saya jawab "tak pi kot". Entah pasal pa, rasa malas sungguh nak turun, rasa macam for sure Pakatan kalah kali ini.

Pagi tadi dalam kereta atas jambatan Pulau Pinang on the way ke satu kursus anjuran syarikat di Penang, dua org kawan sekerja dlm kereta tu ada kemukakan soalan yg sama: "hang tak turun ka?....rasa-rasa Pakatan ada chance menang ka?..bla bla bla".

Saya jawab, saya kata ikut firasat saya Pakatan gerenti kalah kali ini. Pasal apa? ada DUA sebab utama. Pertama, sokongan rakyat terhadap PKR berada di tahap yg paling low sekali sejak zaman reformasi dulu, selepas mana beberapa org YB PKR mengkhianati rakyat dengan melompat parti. YB-YB tu tak sedaq diri yg rakyat mengundi depa hari tu bukan sebab nama depa atau nama parti PKR atau pun Pakatan Rakyat, tapi rakyat MEMANGKAH depa atas manifestasi ketidak puasan rakyat terhadap kerajaan BN/UMNO yg dok ada.

Rakyat tak puas hati di atas kesombongan dan kebongkakkan kjaan BN/UMNO hari tu yg merasa depa RAJA dan RAKYAT bawahan ni tak punya apa-apa; rakyat tak dak tempat nak ngadu, kalau telepon radio ka TV ka nanti line tiba-tiba terputus, tak puas hati tulis dlm internet, nanti kena tangkap, turun demo kalu depa hantar FRU, demo banyak sangat depa kata rakyat hat turun tu macam kera dll. Ringkasnya suara hati rakyat tidak dipeduli. Bila rakyat pangkah parti pembangkang dlm PRU12 hati tu, baru depa ternganga.

Rakyat puas hati bila suara keramat depa tu dapat diterjemahkan dengan kemenangan besar calun-calun Pakatan dlm PRU12 itu. Tapi, tiba-tiba, tak semena-mena, YB-YB yg tak sedaq diri tu boleh pi lompat parti masuk bebas mengkhianati UNDI yg rakyat berikan tu. Rakyat jadi marah dan naik darah.

Kerana tu bila hat lompat tu adalah YB-YB PKR, dan tiba-tiba Pakatan nak letak pulak calun PKR bertanding kat situ, rakyat yg masih tak puas hati kat BN/UMNO ini mungkin tinggal satu pilihan saja, tak keluar ngundi ataupun yg nak protes depa akan undi BN, terutamanya di kalangan pengundi bukan Melayu yg dlm PRU12 tu menjadi faktor penentu.

Yg kedua, sebab 53.9% pengundi adalah org Melayu, maka isu Zaid nak saman Hudud di Kelantan hari tu for sure akan datang mengganggu. Maka, Pakatan terpaksa bergantung kat undi Cina dan India saja, memang payah nak menang.

Satu lagi, saya melihat sejak Najib jadi PM, tak banyak isu yg ada dan banyak juga perubahan yg cuba dilakukan yg dirasakan akan menyebabkan pengundi2 bukan Melayu mungkin beralih kpd BN kali ini. Pengundi Melayu tak banyak beza sangat sebab mengikut kajian dlm PRU12 hari tu undi Melayu cuma swing dlm 5% saja; makna kata undi bukan Melayu lah yg akan jadi penentu.

Kalaulah kes lompat parti YB-YB PKR menjadi ukuran, maka dirasakan undi bukan Melayu pasti bukan milik Pakatan kali ini. Lalu, for sure Pakatan akan kalah terguling dlm PRK Hulu Selangor ini.

Itulah yg saya rasakan sehingga petang tadi.

Petang tadi, selepas habis kursus, saya makan semeja dengan 8 org rakan sekerja berbangsa Cina yg berasal drpd negeri-negeri yg berlainan di Malaysia ini. Serupa juga rakan saya berbangsa Melayu dalam kereta tadi, mereka juga bertanyakan saya soalan yg serupa "You didn't go to Hulu Selangor ka? who do you think will win?".

Bila saya explain kat depa mcm yg saya tulis di atas, depa semua tak setuju; depa kata yg saya cakap itu tak serupa apa yg ditulis dalam surat khabar surat khabar Cina. Walaupun saya boleh cakap dan paham Mandarin sikit-sikit, tapi tang baca tu memang tak reti. Mengikut kata kwn-kwn saya ini:

Depa kata, pengundi-pengundi Cina tak kisah langsung dgn kes YB PKR lompat parti.
Depa kata, pengundi-pengundi Cina suka dengan pemilihan Zaid sebagai calun.
Depa kata, pengundi-pengundi India ada yg tak berkenan dengan calun BN.
Depa kata, semua rakyat perlu bersatu kalahkan BN.
Depa kata, hanya dengan cara tu saja, sistem dua parti di negara kita dpt diwujudkan.

Bila ada 2 parti, mcm jugak di Amerika, satu Pakatan dan satu lagi BN, maka rakyat akan jadi RAJA. Pakatan screw up kalu, kita undi BN. BN tak betul kalu, kita undi Pakatan semula, dan begitulah seterusnya.

Ooo...baru saya paham.

Macam tu kalu, kalaulah undi Melayu tak berubah, dan undi bukan Melayu menjadi penentu dlm p.raya kecik Hulu Selangor ini, maka saya terpaksa ubah statement saya yg awal tadi; adalah dirasakan kali ini insyaallah Pakatan ada harapan.

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
18.4.10
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Monday, April 12, 2010

Final Piala FA: mcm org main ping pong

Laaa...mlm tu depa main bolasepak ka; saya ada juga tertengok siaran tu...dok ingatkan depa main ping pong, sat sat bola melantun belah kedah sat sat melantun belah NS..mcm main ping pong saja, x nampak mcm main bola pong.

Lagi satu, hangpa jgn la dok salahkan Helmi pulak; dia bukan sengahaja sepak penalti tak bagi masuk, tapi waktu tu dia dok ingat dia ambik sepakan gol, nak tendang bola pi kat Muhaimin yg dok berkubu kat tepi tiang gol NS tu. Lepas tertendang baru dia terperasan kata tendangan tu adalah sepakan penalti bukannya sepakan gol biasa mcm yg selalu dia dok buat tu. Ha, bagi lagi keeper sepak penalti!

Satu lagi pulak, lebih kurang jam 12 mlm lepas Kedah diisytiharkan kalah, sorang sahabat dari KL sms mai ke Kedah ni, tengah-tengah mlm buta tu dia boleh sms mai, dia tulis:

"Takziah Kedah!"

Saya dok ingat nak balas, tapi xjadi lah pulak sebab saya bukannya fanatik bola sangat.
Saya cuma dok ingat nak tulis balik:

"Eloklah x menang, kalau menang satni jadi isu pulak bila kerajaan Kedah anugerahkan duit ka tanah ka apa kat pemain-pemain tu. Nanti ada org pi tulis dlm blog merata pulak pi kata pasukan bola ditatang dpt duit dpt tanah tapi rakyat miskin di Baling Sik mana nu terus hidup miskin, habuk pun tarak, prioriti x kena!'.

Sebetulnya saya ni dulu memang hardcore bolasepak Kedah, waktu di kemuncak kegemilangan bolasepak Kedah di zaman rasuah bolasepak bermaharajalela dulu tu, tahun 1993 kalau x silap, sanggup amik cuti turun KL tengok final, siap buat semayang jamak lagi (guna ijtihad sendiri), yalah bola bola jugak tapi semayang jgn tinggal, sah x sah tak tau, pakai balun ja, ya lah dah ngaji sekular nak buat mcm mana, u*no lagi masa tu.

Waktu balik tengok bola tu tidoq tepi hiway, tidoq atas jalan taq - rasa sebijik mcm mana lemu (lembu) tidoq atas jalan - patut la lemu suka tidoq atas jalan taq, sejuk ada panas pun ada. Esoknya, jalan sekerat jalan keta proton megavalve saya tu (zaman tu hebat la pakai megavalve) mampuih kat exit tol PLUS terakhir (kat Changkat Jering) clutch plate habis, sangkut sehari suntuk kat kedai mekanik.

Tapi tat pa puas hati sebab BOLA punya pasal.

Pi mai pi mai,tak lama lepas tu bersusun-susun pemain bola termasuk pemain Kedah kena cekup kes rasuah; cis! kurang asam sungguh. Penat-penat kita pi turun sokong, depa makan rasuah pulak.

Sejak tu sampai la hari ini saya dah jadi tawar hati dgn dunia BOLASEPAK tanah air ni.

Hati yg tawar menjadi bertambah tawar bila tengok siaran langsung Kedah-NS mlm tu mcm tengok game ping pong, dua-dua pasukan 2x5 5x2 saja , pakat lawan lambung bola pi mai pi mai mcm org main ping pong, tak dak qualiti langsung.

Mcm ni dok ada, baiklah lagi zaman Rasuah Bola Sepak dulu, mcm juga siaran wrestling, tipu pun tipulah, tapi game dia memang mengasyikkan. Ah, aku rindukan zaman Adigun, zaman Peter Niketin zaman Radhi Mat Din dulu-dulu.

Sedaq x sedaq darah hijau kunin masih segar mengalir dalam tubuh ini.

Hidup Hijau Kunin.
Hidup Kedah.
Hidup PAS...opss.. .

moniermatdin@ yahoo.com
http://www.mindapol itikmoniermatdin .blogspot. com



--- On Mon, 4/12/10, Ibrahim, Mohd Anuarizan A wrote:


From: Ibrahim, Mohd Anuarizan A
Subject: RE: [warga_kilang] Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)
To: "Mohd Ramlan bin Ali" , "warga_kilang@ yahoogroups. com"
Date: Monday, April 12, 2010, 7:45 AM



Kalah menang adat permainan….kalah penalty bukan memalukan..

Roberto baggio..David beckam pun besa sepak penalty x masuk..tu player bertaraf dunia tu…




--------------------------------------------------------------------------------

From: warga_kilang@ yahoogroups. com [mailto:warga_ kilang@yahoogrou ps.com] On Behalf Of Mohd Ramlan bin Ali
Sent: Monday, April 12, 2010 7:53 AM
To: warga_kilang@ yahoogroups. com
Subject: RE: [warga_kilang] Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)





Bukan nasihat lagu tu…

Suruh depa praktis tendang penalty…





From: warga_kilang@ yahoogroups. com [mailto:warga_ kilang@yahoogrou ps.com] On Behalf Of AM Azham
Sent: Sunday, April 11, 2010 10:50 AM
To: Muhammad Khairi Hashim; warga_kilang@ yahoogroups. com
Subject: Re: [warga_kilang] Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)





Hangpa tak pi tgk ka final Piala FA smlm???

Hangpa semua sahih kecewa tgk Kedah kalah penalti sudden-death nu

Apa2 pun.... tahniah kat team N9 sbb menang smlm.



Nasihat kat team Kedah... lepaih ni hangpa pulun pulak utk Piala Malaysia nu.


"H.I.J.R.A.H"

http://www.satujuta idea.com



Salam ceria,

AM Azham Osman

.WP Putrajaya.

.currently bercuti sebulan di Kulim, Kedah.



--------------------------------------------------------------------------------

From: Muhammad Khairi Hashim
To: warga_kilang@ yahoogroups. com
Sent: Sat, April 10, 2010 1:50:32 PM
Subject: [warga_kilang] Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)



Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de Albuqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu ) dan juga laluan penting perdagangan Timur Barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran ) bagi bala tentera & 300 buah meriam ( artileri )

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersaudara.. akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas itu........

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: Selamat pagi tuan! ( sambil bertabik )
Alfonso : Selamat pagi!
Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah & P.Pinang
Alfonso : Huh! Kenapa kuat sangatkah mereka itu......? ( dengan nada marah dan bongkak )
Perisik 2 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3 : Betoi tu tuan...antaranya. .....


hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, kepala hotak hang, hang kecoh la, hang pi mampuih dan macam macam lagi hang ada kat sana.....



Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

scroll sampai bawah.....

lagi....

lagi...


Hang dok buat apa lagi???..... hang dok mengulat ka???....... hang pi buat kerja nu!!!

Friday, April 2, 2010

Ekonomi KEDAH Sedang Berkembang Pesat!!

Kemarin, tengah dok sibuk kerja kat kilang, ada org call. Sembang pi sembang mai, dia kata tak boleh cakap thru telepon kat ofis, rahsia & confidential. Saya suruh dia send email.

Oo..bukan rahsia negara or rahsia parti politik mana-mana.

Dia contact saya, nun jauh dari Singapura sana - sebuah firma head-hunter yg kerja depa cari org nak offer kerja di syarikat-syarikat atau pun kompeni-kompeni yg upah depa cari pekerja yg diperlukan, khususnya di peringkat executive, professional dan pengurusan.

Yg saya nak habagnya, bila saya tengok profile ringkas kompeni yg dia offer tu, rupa-rupanya sebuah kompeni besar yg bakal naik di negeri KEDAH ni, sebuah syarikat yg dia tak sebut syarikat apa tapi punya pekerja lebih kurang 3000 org lebih, tak lama lagi bakal beroperasi atau pun memperbesarkan perusahaan mereka di sini.

Saya kata kat dia, tat pa lah, nanti saya pikiaq tengok.

Point yg saya nak habagnya, bukan bab head hunter offer saya kerja, tapi nak bagitau kata ini menunjukkan bahawa bumi Kedah bumi Hijau Kunin tanah tumpah darah adik beradik saya ini semenjak diperintah secara tulus, ikhlas dan penuh transperansi oleh barisan pimpinan yg dok ada la nie, para pengusaha dan pelabur serta syarikat-syarikat besar makin bertambah yakin dan merasa secure dan selamat untuk melabur atau pun memperbesarkan operasi mereka di bumi kedah darul aman ini.

Ya lah, Head Hunter tu berpangkalan di Singapura, sanggup depa mai redah ke Kedah cari tenaga kerja nak disupplykan kpd kompeni-kompeni berkenaan.
Kira hebatlah tu.

Untuk org-org luar Kedah yg baca artikel ini, saja nak habag kat hangpa, la ni kalau hangpa mai Kedah, kat sepanjang simpang dan jalan, penuh dengan banner dan streamer JAWATAN KOSONG - hatta minggu lepas waktu balik kg makan kenuri kawin di pedalaman Baling sana nu, kat satu kedai makan tepi jalan tepi kebun getah pusaka org tua saya tu pun ada kilang mana entah dok pi gantung banner cari org kerja. Banner JAWATAN kosong kat Kedah ni penuh merata jalan mcm poster kempen di musim p.raya; tak cukup kat pekan, depa pi pasang sampai ke ulu-ulu kampung. Memang meriah sungguh ekonomi Kedah la nie.

Tengah dok menulis ni pun, ada saudara dari kampung call mai, dia tanya betoi ka ada satu kilang kat Kulim Hitech buat Walk-In Interview kat Hotel Seri Malaysia hari Ahad 4/4/10 ini? Saya kata memang betoi, kilang tu mcm jugak kilang-kilang lain kat negeri Kedah, berebut-rebut cari org kerja. Kawan wargakilang yg kerja kat kilang tu habag, kilang depa tengah dok cari Technician dan juga Operator, dekat 500 orang dalam masa terdekat ini.

Dua tiga minggu lepas ada kawan sorang tu pi ikut team kilang dia masuk career fair di Kulim; dia kata penuh kilang-kilang pakat bukak booth offer org kerja. Ada kilang tu nak cari 200 org pekerja, ada yg 100 dan lain-lain; kalau campur semua sekali, by end of Dec2010, mau lebih 1000 kekosongan jawatan dok ada kat kilang-kilang di kawasan belah sini.

Hish, hebat sungguh la perkembangan EKONOMI di negeri Kedah la nie.

(Kalau sapa-sapa yg anak dia ka, anak menakan ka, sapa-sapa ka yg baru keluar dari politeknik, ikm, ilp, ikbn, giat mara atau mana-mana institut teknikal tapi masih menganggur tak dak kerja, atau pun yg tengah dok kerja tapi dok di KL sana, teruk nak tanggung kos sara hidup di sana, bolehlah suruh depa balik mai; suruh depa buat resume banyak-banyak, mai lah cuba nasib kat mana-mana kilang di sebelah Hitech ini, insyaallah la nie adalah masanya)

Ringkasnya, kalaulah peluang pekerjaan di sektor industri boleh dijadikan ukuran, maka tidak salah kalau kita kan bahawa sesungguhnya ekonomi negeri Kedah yg diterajui oleh YB Ust Azizan & Team nya sedang berkembang pesat.

Maka itu, tak salah rasanya kalau saya sebagai mewakili golongan rakan-rakan pekerja kilang di Negeri Kedah ini ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan ucapan tahniah kpd kerajaan negeri Kedah yg dok ada ini, yg setakat ini bukan setakat berjaya retain (mengekalkan) pelabur yg sedia ada, tapi mampu memberikan keyakinan kpd mereka dan juga pelabur-pelabur yg lain untuk datang beroperasi atau pun mengembangkan production line mereka di Negeri Kedah ini.

Terima Kasih dan Tahniah.

moniermatdin@yahoo.com
3.Apr.2010
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com